I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 13, 2011

Hayatilah...Sebuah kisah

Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga
kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All
the best in everything you do… Jaga
diri & iman baik-baik yea~…
-Amin, UK-"

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukupringkas. Namun, aku masih tertanya- tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa
hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis
nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati
mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.


Adakah dia sudah ….? Argh, tak
mungkinlah! Dia dah kata takkan ….


Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun,
sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia
telah mula banyak memberi nasihat- nasihat baik ketika kami berhubung
samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu,
aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan
kakak melawat saudara-mara, dan sambil- sambil itu bolehlah juga berjumpa
dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la
sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja.
Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik
setiap hari pun boleh.


Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar
berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa
dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk,
tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima
sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan
petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan
kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin
membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ.
Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah
sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah
saudaraku…


Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin
menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak
berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam
sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik
sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita
solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."


"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.


"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.


Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku
tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau
aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!


"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.


Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi
pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk
menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula
faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih
tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung
menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja.
Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira
kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham
Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak
yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar
melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah
dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi
penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'


Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram
memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-
main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya.
Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-
lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal
dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki
yang 'playboy' pada masa kini.


Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.


'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak
buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja
untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang
padaku.

"Ok.Tq..." balasnya pula.


Keesokannya, aku menanti awal dia online.

'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...


Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah... sihat2..=)\ awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni…
tp takpe, ok je semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...

Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try
bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: takpe, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya la… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita
sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak
lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain…
declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan je la…

Amin: hurm……..

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram,
tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj…
yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..


Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

Amin: sbb……

Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak
berlaku…

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap
ber’zina’…

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama
saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan
benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…

Amin
: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’
nieh..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin:
demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam
redha Ilahi…

Amin:
sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…


Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air
mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada
keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi
sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas
membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan
sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…


Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan
terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya
Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon
keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama
ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut,
mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…


Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh
naqibah aku tak lama dahulu; pertama- tama sekali mestilah mencintai Allah
dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai
seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk
kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam
api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.


Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang
dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan
ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.


Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima…Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.


Signed out


Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada
dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang
menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang
saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling
menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul
caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai
matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas
mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.


“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada
lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku,
Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.


“Ya bang, Wani turun…”


Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas
turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’
kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam
program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri
aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat
kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

p/s: Diharap dapat mangambil pngjran dan iktibar daripada cerita tersebut..Sebagai hmba harus meletakkan cinta kpd Allah yg tertinggi dari segalanya..Jadikan ia contoh dalam meniti kehidupan sebagai manusia menuju cinta yang hakiki kerana setiap insan tidak lari daripada perasaan ingin disayangi dan dicintai oleh sesma insan...Tetapi hndaklah ikut pada jalan yg betul...Waallahua'lam....

Tuesday, April 5, 2011

Perempuan Yang Solehah


Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali

Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…

Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan

Kerana jangan lupa ukhtiku…

Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…

Mana Satu Pilihan Hati...

Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.

Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti
seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima
balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah...
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni
yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada
sesiapa yang mendorong..
Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?
Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung
sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

Kakak..
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..
Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah
menzalimi hambaNya..
Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak
semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang
perempuan.
Cuba kakak renungkan..
kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi
seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..
jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri
berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak..
Hatikita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya
bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..

Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.