Baru –baru ini saya ada terbaca artikel "3 perkara yang boleh menghancurkan umat yang paling kuat adalah zalimnya pemimpin, berpecahnya rakyat, rosaknya wanita."[Mustafa As Sibaei]
Hmm.. Membuat diri ini berfikir dan berfikir lagi. Benar. Begitu sekali pengaruh wanita terhadap masyarakat dunia. Merekalah yang mampu menjadi agen perubahan (kebaikan maupun kehancuran) yang dapat memberi impak besar terhadap masyarakat. Kata-kata di atas hakikatnya bukan sekadar teori, namun telah dibuktikan jua pada alam realiti.
Jarang sekali seorang pemuda yang berjaya, baik dalam sahsiah dan akademiknya, melainkan di belakangnya seorang ibu yang penyayang, yang sentiasa memberi didikan dan sokongan. Jarang sekali seorang tokoh masyarakat yang hebat, baik dalam apa-apa lapangan, melainkan di sisinya ada seorang isteri yang sentiasa memberi kekuatan dan inspirasi. Kerana dalam kebiasaan, seorang lelaki dapat mejadi hebat dan sentiasa terdorong untuk mencapai cita-citanya, atas motivasi dan sumber kekuatan yang diperoleh dari seorang wanita, yang tidak jemu memberi sokongan kepadanya, dalam suka maupun duka.
Merekalah yang menjadi isteri, yakni sayap-sayap kiri bagi pemimpin-pemimpin harapan pada hari ini. Mereka jualah ibu, sekaligus merupakan pendidik pertama dan utama kepada generasi umat masa hadapan. Maka sungguh saya katakan pengaruh wanita amat besar terhadap dunia.
Oleh itu, di sini saya nyatakan sajak yang dipetik dlm artikel tersebut. Saya dedicate sajak ini kepada sahabat –sahabat perjuangan saya dan specially saudara-saudara perempuan seIslam semua,..serta kepada ibu saya, thanks for everything.. Can never repay you.
Pelihara dirimu,
Wahai mawar berduri.
Dirimu suci,
Seindah perhiasan diberi.
Jangan pula kau cemari diri,
Dek hitam debu duniawi.
Datangnya Islam mengangkat martabatmu,
Terciptanya syariat demi memelihara dirimu,
Sayangi dirimu,
Dan ketahuilah, Allah jua amat kasih padamu.
Oh mawar berduri,
Pelihara peribadi,
Hargai maruah diri,
Dan dirimu akan menjadi penyeri,
Keindahanmu mampu mengatasi segala perhiasan duniawi.
Jangan sesekali kau goncang iman sang lelaki dengan lirik manjamu,
Sebaliknya, kau goncanglah dunia dengan keteguhan imanmu!
p/s : Disini saya nyatakan dalil al-Quran, bahwa sesungguhnya Allah telah berfirman:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ... "
[Surah An-Nur (24): 31]
No comments:
Post a Comment