I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 3, 2011

Wasiat Pejuang Islam

Saya memetik wasiat ini sempena Program Bicara Selebriti yang diadakan Balai Islam, Lundang Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini..hayatilah

WASIAT SAYYID QUTB

Seandainya kau tangisi kematianku

Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu

Kerna kita telah dijanjikan Allah dengan dua kemuliaan

Tergugur syahid di medan perjuangan

Atau meraih kemenangan

Teruskanlah perjuanganmu itu

Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu

Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah

Kita pasti berjaya

Seandainya kau tangisi kematianku

Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu

Kerna perjuangan memerlukan pengorbanan

Kerna pejuang tak mengenal kerehatan

Aturkanlah langkahmu dengan penuh keimanan

Suburkanlah jiwamu dengan segala keyakinan

Teruskanlah perjuanganmu itu

Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu

Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah

Islam pasti berjaya

Relakanlah pemergianku ini

Iringiku dengan seribu doa

Semoga kita kan berjumpa semula

Di taman Syurga yang indah

p/s : Nasyid ini merupakan petikan dari kata-kata akhir pejuang Islam yang telah banyak memberi inspirasi kepada pejuang seluruh dunia iaitu Sayyid Sheikh Qutb. Lagu nasyid ditujukan kepada seluruh pemuda/i bagi menyambut obor-obor yang dtinggalkan untuk diteruskan..InsyaAllah .


No comments:

Post a Comment