Assalamualaikum sahabat2 yang di rahmati Allah....
Sekarang ni dah masuk minggu ke 7 pengajian kita di ukm, bangi. Sepanjang aku berada 7 minggu di ukm dari mula register sem 7 kat kolej yang banyak tinggal kenangan bersama sahabat2 yang ku sayangi kerana Allah. Kebanyakkan shbt2 ku sudah tamat pengajian memndang mereka hanya 3 tahun pengajian berbanding aku 4 tahun pengajian (pendidikan)..Masa minggu pertama register, aku rasa keseorangan, biasanya aku ada sahabat rapat di depan bilik,namun nk buat macamne pengajian yg belum tamat mesti diteruskan.
Apabila jejak je kaki di ukm, banyak tanggungjawab yang sedang menanti untuk dilaksanakan. Maka dari situlah, aku berazam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin seiring pengurusan masa yang sistematik antara akademik dan persatuan. Oleh di situlah, perlunya sahabat yang selalu memberi peringatan, bimbingan, teguran dan tunjuk ajar yang baik sekiranya kita tersalah langkah, menegur kite sekiranya kita lalai untuk melakukan tanggungjawab dan sentiasa membimbing serta memberi semangat untuk kita teruskan perjuangan samada dari segi akademik, berpersatuan, dalam kite berdakwah dan menyebarkan benda yang baik kepada masyarakat terutamanya sahabat2 kita yang sangat memerlukan bimbingan daripada kite sume.
Firman Allah bermaksud:
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3)
Maksud ayat tersebut menyimpulkan antara ciri orang yang beriman kepada Allah ialah sentiasa berpesan atau nasihat-menasihat ke arah kebaikan dan kesejahteraan.
Disini saya menyatakan Adab-adab memberi nasihat
1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.
2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. “Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.
3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.
4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.
5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.
p/s Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita sudah melaksanakan amanah ini? Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.
No comments:
Post a Comment