Tinta Seorang Serikandi
Di antara kasih sayang Allah s.w t kepada manusia adalah dijadikan-Nya hamba-hamba yang taat kepada-Nya kaya hati. Mereka, walau hanya makan dengan sesuap nasi, tetapi merasa telah memiliki seluruh dunia.
Friday, May 4, 2012
Apa - apa Aje...
Sunday, April 29, 2012
Jalan-jalan...
Saturday, October 29, 2011
Pra- Konvensyen Pendidikan
Alhamdulilah..akhirnya selesai sudah program Pra-Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan yang diadakan pada hari ni (29 Oktober 2011) bertempat di bilik Gerakan, HEP, UKM dengan jayanya dan lancar. Perjumpaan ini melibatkan daripada semua wakil2 IPTA di Malaysia yang terlibat dalam bidang Pendidikan. Program ini dijalankan selama satu hari bermula dari pagi hingga ke petang. Perjumpaan ini membincangkan masalah atau isu-isu yang berkaitan permasalahan pendidikan pada masa sekarang, penempatan guru-guru yang hangat diperkatakan serta cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi oleh bakal-bakal guru nnti.
Diskusi awal ini diadakan untuk memudahkan perjalanan Konvensyen Mahasiswa yang akan diadakan pada awal bulan December nanti. Hasil daripada diskusi tersebut, segala permasalahan yang dibincangkan akan dibawa dalam program yang sebenar dan menjadi resolusi untuk diserahkan kepada Menteri Pendidikan. Perjumpaan ini memberi ruang kepada mahasiswa bertukar-tukar fikiran dan melahirkan idea-idea untuk membuat satu resolusi bersama untuk dibawakan dan diserahkan kepada pihak atasan untuk mendengar sendiri
masalah yang berlaku sekarang diperingkat mahasiswa. Sebagai mahasiswa yang bakal bergelar pendidik seharusnya bersifat intelektual, berfikiran meluas serta alert dengan permaslahan yang berlaku dlm pendidikan.
Cabaran yang penting yang seharusnya dihadapi oleh bakal guru sekarang bukan masalah penempatan guru tetapi masalah gejala sosial yang sedang kuat melanda dikalangan remaja-remaja sekolah dan anak-anak yang sedang belajar untuk mengenal kehidupan mereka. Kalaulah seorang guru tidak dapat menangani masalah ini dengan ilmu pengetahuan yang kukuh, aqidah yang mantap, akhlak yang baik maka anak-anak didikan akan mendapat hasil yang tidak sepatutnya mereka perolehi. Terapkan akhlak atau sifat yang baik, ilmu agama yang mantap dalam jiwa ank-ank. Nasihat ini lebih saya tujukan kpada diri ini dan para guru yang akan melangkah ke alam pekerjaan yang realiti nnti.
Diharap, dengan tercetusnya prgram Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan ini dapat memberi kesedaran yang tinggi kepada mahasiswa yang bakal bergelar guru supaya sedar akan permasalan yang berlaku sekarang. Program yang dianjurkan oleh MPP Fakulti dgn kerjasama
PENDIDIK yang melibatkan semua ipta di malaysia yang julung kalinya diadakan dan ukm sebagai tuan rumah pada tahun ini. Diharapkan akan melahirkan resolusi bersama hasil daripada diskusi awal yang telah diadakan hari ini. InsyaAllah kOnvensyen Pendidikan akan dijadikan satu titik permulaan kerjasama semua pihak yang terlibat sebagai satu entiti kebangsaan, justeru merealisasi transformasi pendidikan negara.
p/s : Semoga program ini berjalan dengan lancar dan teratur dengan perancgan yang ditetapkan olehNya..^_^
Tuesday, October 25, 2011
Nasihat & Sahabat
Assalamualaikum sahabat2 yang di rahmati Allah....
Sekarang ni dah masuk minggu ke 7 pengajian kita di ukm, bangi. Sepanjang aku berada 7 minggu di ukm dari mula register sem 7 kat kolej yang banyak tinggal kenangan bersama sahabat2 yang ku sayangi kerana Allah. Kebanyakkan shbt2 ku sudah tamat pengajian memndang mereka hanya 3 tahun pengajian berbanding aku 4 tahun pengajian (pendidikan)..Masa minggu pertama register, aku rasa keseorangan, biasanya aku ada sahabat rapat di depan bilik,namun nk buat macamne pengajian yg belum tamat mesti diteruskan.
Apabila jejak je kaki di ukm, banyak tanggungjawab yang sedang menanti untuk dilaksanakan. Maka dari situlah, aku berazam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin seiring pengurusan masa yang sistematik antara akademik dan persatuan. Oleh di situlah, perlunya sahabat yang selalu memberi peringatan, bimbingan, teguran dan tunjuk ajar yang baik sekiranya kita tersalah langkah, menegur kite sekiranya kita lalai untuk melakukan tanggungjawab dan sentiasa membimbing serta memberi semangat untuk kita teruskan perjuangan samada dari segi akademik, berpersatuan, dalam kite berdakwah dan menyebarkan benda yang baik kepada masyarakat terutamanya sahabat2 kita yang sangat memerlukan bimbingan daripada kite sume.
Firman Allah bermaksud:
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3)
Maksud ayat tersebut menyimpulkan antara ciri orang yang beriman kepada Allah ialah sentiasa berpesan atau nasihat-menasihat ke arah kebaikan dan kesejahteraan.
Disini saya menyatakan Adab-adab memberi nasihat
1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.
2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. “Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.
3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.
4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.
5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.
p/s Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita sudah melaksanakan amanah ini? Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.
Wednesday, August 3, 2011
Wasiat Pejuang Islam
Saya memetik wasiat ini sempena Program Bicara Selebriti yang diadakan Balai Islam, Lundang Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini..hayatilah
WASIAT SAYYID QUTB
Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna kita telah dijanjikan Allah dengan dua kemuliaan
Tergugur syahid di medan perjuangan
Atau meraih kemenangan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Kita pasti berjaya
Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna perjuangan memerlukan pengorbanan
Kerna pejuang tak mengenal kerehatan
Aturkanlah langkahmu dengan penuh keimanan
Suburkanlah jiwamu dengan segala keyakinan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Islam pasti berjaya
Relakanlah pemergianku ini
Iringiku dengan seribu doa
Semoga kita kan berjumpa semula
Di taman Syurga yang indah
Tuesday, August 2, 2011
Kembara Al-Falak, Tanjung Bidara, Melaka
Ini ketika mencerap anak bulan (hilal) untuk melihat anak bulan bagi menentukan tibanya awal Ramadhan untuk kite semua berpuasa pada esok hari...
Sunday, June 19, 2011
Leadership Youth Training
Baru –baru ini, aku telah mengikuti program under PMUKM pada 10-12 Jun di Excel Training & Country Resort, Negeri Sembilan..Prgram ini dinamakan ” 1 Malaysian Leadership Youth Training” yg dihandle oleh MPP UKM..Peserta terdiri daripada pimpinan Persatuan-persatuan Fakulti, Persatuan Anak Negeri, Jaksa-jaksa Kolej, persatuan Pelajar Indonesia, kelab-kelab dan sebagainya.
Prgram ini mendapat penyertaan yang menggalakkan memandangkan sekarang UKM sibuk dengan perkampungan Pesta KOnvokesyen Ukm bulan 9 akan datang dan ramai pelajar yg sudah berada di ukm serta yang mengambil short sem..Pada mulanya aku xjoin program ini memandangkan pdftran peserta sudah penuh, tapi last mnute aku terpaksa mgantikan kawan yang ada hal pada masa itu, mula-mulanya aku xnak pergi kerana belum bersedia dan xbaca ape2 berkaitan ukm dan pembawakan PMF pendidik pd sesi ini. Namun, satu keruggian kalau kita tidak terlibat dlm prgram sedemikian kerna program ni berbentuk latihan kearah kepimpinan yg memrlukan skill public speaking dan training serta ilmu pengetahuan. Fikir mula fikir, kenapa aku perlu risau sedangkan program baik untuk kita dan melatih kita kearah kepimpinan yang mantap dan bagaimana nk jadi pemimpin yang baik dalam mengorganisasikan persatuan dengan lebih mantap dan sistematik..Ini merupakan satu advantage utk kita mempelajari dan belajar menguruskan sesuatu organisasi atau persatuan memandangkan aku juga salah seorang exco dalam PMF Pendidikan UKM. Jadi, dalam program mcmne lah membentuk dan mengajar kita menjadikan pimpinan yg berani, berfikir secara kritis dn kreatif, berani menyahut cabaran dan sentiasa berfikir ke hadapan serta advantage bagi kita dalam soft skill dlm kepimpinan yg tidak diperolehi dimana-mana mahupun dalm kuliah..
Banyak pengisian yang diberi dalam program ini, yg mana lebih kearah bagaimana menjadikan kepimpinan sebagai role model yng terbaik dalm segala aspek. Salah satu objektif program ini juga mengeratkan situlrahim antara pimpinan persatuan dgn pimpinan MPP serta pimpinan antara persatuan –persatuan supaya memudahkan kita bergerak kerja dan bertukar-tukar idea sesame pimpinan. Selain itu, adanya slot jungle trekking dan Excplore bagi saya sangat menarik dan memang best giler la..dan satu pengalaman yg menarik bagi aku ialah ialah menaiki rakit dan memanjat tangga yg diperbuat dgn tali ala2 training askar gitu...Samping itu, masa jungle trekking juga sgt mencabar mmndangkan tanah bukit yg basah akibat hujan serta licin dan ketinggian bukit yg sgt curam bagi aku sgt membhykan namun dengan kerjasama semua kawan-kawan m/pun muslimin or muslimat keadaan itu menjadi mudah.
Aku fikir program ini amat berkesan dan baik supaya hubungan ini dapt diteruskan dengan lebih rapat dan sampai sekarang saya masih lagi bertegur sapa seketika berjumpa kawan-kawan yg lain dan rugi bagi siapa2 yang xjoin program ini..Sebagai resolusi bersama, terbentuknya MoU antara pimpinan semua persatuan di UKm untuk menjayakan visi n misi varsity dan mewujudkan perhubungan secara maya (FacebOOk) dalam group(KPO PMUKM)..